Fashion,Fashion Style Ttrends, hair Style, Fashion Style, Fashion Style Fashion,Fashion Style Ttrends, hair Style, Fashion Style, Fashion Style 2015

Friday, May 6, 2011

Miss Star Sarawak Beauty Pageant 2011. Info.

Miss Star Sarawak 2011 bakal diadakan sempena ulang tahun pertama akhbar The Star Sarawak. Pertandingan bakal diadakan di Pullman Hotel, Kuching pada 2 September, 2011.

Proses pemilihan serta aktiviti memakan masa 6 bulan bermula dari 11 Mac serta merangkumi bandar-bandar utama di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Lihat jadual proses pemilihan di bawah:

Kuching, The Spring, 19 - 20 Mac, 2011.
Sibu, hujung bulan April 2011.
Bintulu, hujung bulan Mei 2011.
Miri, hujung bulan Jun 2011.

Pelbagai aktiviti yang bakal diadakan akan berlangsung selama 2 bulan merangkumi sesi pengenalan, aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan, aktiviti kebudayaan 1Malaysia, hiburan dan pelancongan, undian peserta oleh  pembaca The Star Sarawak, aktiviti melancong sekitar bandar Kuching serta pelbagai aktiviti lain yang dianjurkan oleh The Star.

Para peserta bertuah juga bakal memenangi pelbagai gelaran sampingan seperti Miss Star Gawai, Miss Star Charity, Miss Star Photogenic, Miss Star Body Beautiful, Miss Start Popular, Miss Star Intelect, Miss Star Stylish, Miss Star Sporty, Miss Start Talent. RM800 juga bakal diberi kepada setiap pemenang gelaran sampingan ini.

Sila lawati link di bawah untuk memuat turun borang penyertaan.
http://www.bie.com.my/docs/miss_star_sarawak_2011/Star-Registration-Form.jpg

Miss Star Sarawak 2011 (MSS) terbuka kepada semua wanita Malaysia berumur 18 - 25 tahun, dilahirkan di Malaysia, pemegang passport Malaysia serta telah tinggal di Malaysia melebihi 6 bulan secara berterusan, tidak pernah berkahwin atau tidak pernah melahirkan anak serta moral yang baik.

Segala pertanyaan boleh diajukan dalam bentuk bertulis kepada:
Borneo International Expo Sdn. Bhd.
Sublot 74, 1st floor, Lot 12057
Premium Mall, Jalan Tun Jugah
93350 Kuching
Sarawak
082-579366 (t), 082-451515 (f).
www.bie.com.my
http://www.bie.com.my/miss_star_2011.php

Miss Star Sarawak Beauty Pageant 2011. Info. Rating: 4.5 Diposkan Oleh: admin