Fashion,Fashion Style Ttrends, hair Style, Fashion Style, Fashion Style Fashion,Fashion Style Ttrends, hair Style, Fashion Style, Fashion Style 2015

Monday, April 25, 2011

The Cute, The Working Hard Lady, Mandy Nandu. Miss Earth Sabah State Director. An Exclusive Interview.

PAGEANTIsland berkesempatan bertemu Mandy di Sunway Pyramid hari Ahad lepas. Best juga dapat berborak panjang dengan beliau serta bercerita serba sedikit mengenai projek yang beliau sedang lakukan sekarang iaitu manganjurkan sekali lagi Miss Earth Sabah 2011. Beliau juga berada di Kuala Lumpur untuk bertemu rakan business dan berbincang tentang perancangan untuk mengembangkan perniagaan beliau di KL.

PAGEANTIsland mangambil kesempatan yang ada bertanya beberapa soalan dan beliau dengan rela hati menjawab walaupun beberapa soalan PAGEANTIsland agak panas!. Ikuti sesi soal jawab PAGEANTIsland , emm, yang telah diedit ye)...hehehe


P: Sudah berpunya?
M: (Agak terperanjat dan tergelak besar), itu bukan soalan la Yu!..hahaha, well, yes I am, tapi xmo cerita lebih la, saya bukan selebriti besar untuk org di luar sana tahu.

P: Di sini jumpa rakan business?
M: Ye, di KK, saya ada event company, saya di sini berbincang untuk berkerjasama dengan rakan kongsi untuk mengembangkan perniagaan, cuma saya belum boleh bagi tahu dengan lebih lanjut.

P: Boleh saya kata MNE Productions Sdn. Bhd. adalah event company no.1 di seluruh Sabah?.
M: Haha, tricky!, memang bercita-cita untuk menjadi antara yang terbaik di Sabah. Visi saya adalah, apabila ada pihak yang berminat untuk menganjurkan apa-apa events, mereka akan teringat MNE sebagai company no.1 yang mereka boleh harapkan.

Boleh juga saya katakan, tiada pihak di Sabah yang betul-betul berusaha mempromosikan fashion, talents, entertainment serta modelling in the right way. Saya melihat company saya mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi serta jika perlu, saya akan berusaha memajukankan lagi industri hiburan, modelling dan talent di sini.


P: Tak nak masuk lagi ke pertandingan ratu cantik, sebab u jauh lebih cantik sekarang berbanding zaman 2007.
M: Memang ada memikirkan untuk masuk lagi tapi saya rasa cukup lah kot, mahu beri muka baru untuk muncul memeriahkan lagi industri ratu cantik negara.

P: Mengapa Miss Earth?, bukan Miss Universe atau Miss World?
M: Isu environment lebih dekat di hati saya, sebab itu saya tetap dengan Miss Earth serta menjadi penganjur pertandingan ini memberi saya lebih ruang untuk lebih aktif membantu masyarakat memahami persekitaran serta mengambil inisiatif untuk menjaganya.


P: Cerita sedikit pengalaman Mandy bertanding dalam Miss Earth.
M: Saya sangat terkejut apabila dipilih memasuki pertandingan akhir swimsuit round. Peserta dibahagi kepada  tiga kumpulan besar dan finalis dipilih dari setiap kumpulan termasuklah saya. Bayangkan ramai lagi peserta Eropah dan Amerika selatan yang tinggi-tinggi serta berambut perang dan bermata biru, tetapi saya yang terpilih dari kumpulan saya. Bila mengetahui ramai peminat ratu cantik antarabangsa memuji catwalk saya antara yang terbaik, saya berasa sangat gembira.

P: Apa pendapat Mandy mengenai Miss Earth?
M: Miss Earth contest really walk the talk. Mereka memang berusaha untuk mengembangkan kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar. Walau kita melihat para peserta dengan aktiviti menanam pokok sebagai sesuatu yang sangat mudah dan simple, tetapi ia memberi kesan simbolik yang besar untuk semua.

                     "Even an act as simple as planting tree could mean a lot to society"-Mandy Nandu.

P: Is it easy running a pageant?
M: Running a pageant is not as easy as many people might think, tetapi, saya mempunyai cukup pengetahuan dan passion untuk meneruskan usaha saya. Lagi pun, saya mendapat sokongan padu banyak pihak di Sabah. I feel blessed!.

P: Pesanan untuk peminat Mandy di luar sana?
M: On behalf of Miss Earth Sabah team, saya mengucapkan salam sejahtera untuk semua, gembira selalu, teruskan menyokong Miss Earth Sabah  ya. Salam sayang untuk semua. :)

PAGEANTIsland juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semoga berjaya selalu and good luck kepada Mandy Nandu.


Mandy Nandu boleh dihubungi di:
MNE Productions Sdn. Bhd (924046-A)
No 69, Jalan Gaya, P.O. Box 10401,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Hotline: 017 893 3822
Email: mne.productions.sdnbhd@gmail.com


Miss Earth Sabah fb: http://www.facebook.com/pages/Miss-Earth-Sabah-Official-Page/117077778319506?sk=wall

The Cute, The Working Hard Lady, Mandy Nandu. Miss Earth Sabah State Director. An Exclusive Interview. Rating: 4.5 Diposkan Oleh: admin